fbpx

Agong, permaisuri zahir takziah buat keluarga Osman Sapian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah yang disiarkan di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mantan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Istana Negara menerusi laman Facebooknya memaklumkan, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negeri Johor dan negara,” kata hantaran itu.

Terdahulu, Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.45 malam semalam di rumah anaknya, Nornekman di Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan Menteri Besar Johor bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI