fbpx

9 kampung di Rantau Panjang ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Fenomena banjir yang berlaku pada tahun ini menyebabkan separuh penduduk di sembilan buah kampung di sini terpaksa berpindah buat kali pertama ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami air.

Kampung-kampung terlibat ialah Bawah Lembah, Pengkalan Rakit, Kusar, Tok Deh, Padang Licin, Gual Ketereh, Tersang, Tasek Bakong dan Banggol Ubi Keling.

Seorang penduduk di Kampung Bawah Lembah, Amirul Amin Shari 29, mendakwa projek tebatan banjir Sungai Lachang telah memberikan impak tidak baik kepada mereka terpaksa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok buat kali pertama dalam hidupnya.

Menurutnya, sebelum ini, dia dan keluarga masih mampu bertahan, namun sebaliknya tidak untuk tahun ini.

“Air telah masuk ke dalam rumah sehingga paras satu meter dan ia amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Jadi, saya berharap pihak kerajaan dapat turun padang dan mencari satu penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan pada tahun-tahun berikutnya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI