fbpx

361 kes positif mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memaklumkan, sehingga hari ini sebanyak 361 kes positif Covid-19 direkodkan dalam kalangan mangsa banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun, tiada kes positif Covid-19 direkodkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS).

“Dalam masa sama, sebanyak 963 (27.2 peratus) daripada 3,438 mangsa banjir telah diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar oleh pasukan perubatan di PPS.

“Terdapat 310 kes penyakit berjangkit iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) (203 kes), penyakit kulit (50 kes), acute gastroenteritis (AGE) (13 kes), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) (satu kes) dan lain-lain penyakit berjangkit (43 kes),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI