PUTRAJAYA – Kes jangkitan baharu hari ini merekodkan di bawah angka 4,000 dengan 3,519 kes, menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 sebanyak 2,728,203 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE