SHAH ALAM – Sebanyak 355 kawasan masih belum mendapat bekalan elektrik di Selangor ekoran penutupan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB menerusi Facebook TNB Careline berkata, setakat pukul 12 tengah malam tadi, bekalan elektrik masih belum dapat diberikan demi keselamatan pengguna setempat.
Katanya, jika banjir sudah surut tetapi pengguna masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan ke premis masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.
Kesemua 355 kawasan ialah 151 di Shah Alam, Sepang (72), Bangi (46), Banting (40), Klang (30), Kuala Selangor (10), Pelabuhan Klang (2), Cheras (2), Rawang (1) dan Puchong (1).-K! ONLINE