DISEBABKAN salah seorang anggotanya dijangkiti Covid-19, kumpulan Verivery terpaksa membatalkan beberapa baki siri konsert jelajah mereka di Amerika Syarikat (AS).
Mereka sepatutnya menjayakan konsert di sembilan lokasi di seluruh negara tersebut dengan tempat terakhir adalah di New York pada 20 Disember (semalam).
Bagaimanapun, perancangan kumpulan itu terpaksa dibatalkan selepas salah seorang anggotanya iaitu Yong-seung disahkan positif pada 17 Disember lalu.
Penyanyi itu yang menjalani kuarantin dan diasingkan daripada semua anggota lain hanya mengalami simptom kecil seperti sakit kepala yang ringan.
“Semua anggota Verivery yang lain dan staf konsert disahkan negatif dan tidak menunjukkan sebarang simptom.
“Demi keselamatan, kami memutuskan membatalkan baki jelajah yang sepatutnya berlangsung di tiga lokasi iaitu Cleveland, Harrisburg dan New York,” kata agensi tersebut.
Kumpulan itu memulakan siri jelajah konsert mereka di AS pada awal bulan ini.