fbpx

Stail rambut sikat tepi tak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya rambut sikat tepi menjadi bualan hangat ketika ini

PETALING JAYA – Gara-gara kisah kecurangan seorang suami ‘skema’ baru-baru ini, fesyen rambut sikat tepi bagi golongan lelaki menjadi hangat di laman sosial sejak semalam.

‘Stail’ rambut sikat tepi pada asalnya menjadi pilihan ramai kaum lelaki kerana dilihat kemas dan turut menampakkan individu itu lebih kacak.

Sebelum ini, gaya rambut sikat tepi tidak mempunyai masalah, namun setelah beberapa isu timbul, stail pilihan ramai lelaki jujur ini teruk dikutuk.

Betul kata seorang pelakon sebelum ini, “jangan buat rambut sikat tepi, nanti mudah kena tipu”.

Namun kebelakangan ini, gaya tersebut dikutuk kerana ramai yang mengenakan fesyen itu dituduh curang dan tidak setia.

Tidak tahu di mana silapnya dan mungkin secara kebetulan, ramai lelaki yang menggayakan fesyen rambut terbabit sememangnya curang.

Rata-rata orang ramai di beberapa media sosial seperti meng’iya’kan perkara tersebut antaranya pengguna Facebook yang dikenali sebagai Issey GM.

“Ramai dah aku tengok ‘stail nerd’ ni mesti curang, sebelum ini pun banyak dah selebriti rambut sikat tepi ni curang.

“Aku tengok muka tak boleh pergi mana pun, tapi golongan nerd ni memang ramai kelaku macam ni, so baik botakkan je kepala tu,” ujarnya.

“Kalau kita tengok situasi sekarang, lelaki yang dulunya nakal, kaki pukul budak motor semua kalau dah tua mereka tak ada lah nak curang dengan pasangan mereka.

“Tapi kalau kita perhati lelaki skema sebelum ini, ulat buku, pijak semut tak mati, kalau dekat belakang punya lah syaitan perangai mereka,” kata Fazli Saari_92. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI