fbpx

Polis pergiat usaha buru Long Tiger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan berbual dengan pesara polis selepas menyampaikan zakat wakalah di IPK Perlis hari ini.

KANGAR – Polis mempergiatkan usaha memburu lelaki etnik Rohingya digelar Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada Rabu lalu di seluruh negara terutama di kawasan sempadan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, gambar suspek telah diedarkan kepada seluruh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi memburu dan menangkap penjenayah tersebut.

“Sehingga ke negeri-negeri sempadan pun kita sudah maklumkan untuk menangkap penjenayah ini yang lari semasa berada di bawah kontinjen Johor.

“Insya-Allah kita sedang mencari pentunjuk dan sedang memburunya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke IPK Perlis di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI