fbpx

Klopp ‘angin’ cara Tierney kendali aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (kanan) dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan yang dibuat Tierney ketika Liverpool terikat 2-2 menentang Spurs awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata tidak ber­puas hati dengan tindakan pe­ngadil perlawanan, Paul Tierney yang mengadili perlawanan ketika pasukannya sekadar terikat 2-2 menentang Tottenham ­Hotspur awal pagi semalam.

Aksi yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspurs itu menyaksikan pemainnya, Andy Robertson diterjah keras oleh penyerang Spurs, Harry Kane, namun pengadil hanya mela­yangkan kad kuning.

Bagaimanapun, nasib ­Robertson pula berbeza apabila me­nerima kad merah pada minit ke-77 apabila Tierney menganggap kekasaran yang dilakukan terhadap Emerson Royal itu sebagai keterlaluan.

“Saya tidak ada masalah de­ngan pengadil lain kecuali hanya dengan dia (Tierney). Saya tidak tahu apa masalah dia dengan saya.

“Ia sepatutnya kad merah (terjahan Kane terhadap Robertson). Ia adalah terjahan sangat teruk, tetapi pengadil seperti dipe­ngaruhi oleh beberapa faktor se­perti penyokong tuan rumah dan status pemain tersebut sebagai kapten England,” katanya.

Dalam pada itu, Klopp turut dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil yang tidak memberikan sepakan penalti selepas Diogo Jota dijatuhkan oleh Emerson dalam kotak penalti pada separuh masa pertama.

Pengendali dari Jerman itu turut mempertikai tindakan Tierney yang enggan merujuk Video Bantuan Pengadil ekoran insiden terjahan Kane biarpun pegawai bertugas memintanya untuk berbuat demikian.

Pada aksi tersebut, Spurs terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol jaringan Kane sebelum Jota menyamakan kedudukan.

Liverpool berada di hadapan selepas Robertson meledak ja­ringan pada minit ke-69, namun hasrat mereka untuk meraih mata penuh tidak kesampaian selepas Son Heung-min menyum­bat gol penyamaan Spurs lima minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI