fbpx

Kepala air setinggi bangunan tiga tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja melihat kawasan inap desa yang musnah akibat kepala air di Bobby Eco Farm, Bentong semalam. – Farizwan Hasbullah

BENTONG – “Saya nampak air tiba-tiba naik setinggi bangunan tiga tingkat dan hanya sempat melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa.”

Itu antara kata-kata Mohd. Sholadi, 62, seorang pekerja pembinaan yang hampir menjadi mangsa nahas kejadian kepala air di Bobby Eco Farm di sini kelmarin.

Katanya yang menceritakan detik cemas itu kepada Kosmo!, dia yang telah be­kerja hampir enam tahun di inap desa ber­kenaan dan tidak pernah menghadapi kejadian seumpama ini.

“Sepanjang bekerja di sini, ini merupakan kali pertama keja­dian banjir lumpur seteruk ini. Mujur saya sempat menyelamatkan diri.

“Sebelum kejadian, saya berada bersama pemilik inap desa dikenali sebagai Bobby Lim Yoke.

“Dia (Bobby) kelihatan runsing selepas hujan tidak berhenti dan bimbang akan keselamatan pe­ngunjung yang menginap di Bobby Eco Farm.

“Bagaimanapun tidak sampai 15 minit, air tiba-tiba naik se­tinggi tiga tingkat menyebabkan Bobby dan isterinya yang berada di kawasan bawah telah diha­nyutkan arus deras,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Yusry Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya masih mencari tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang masih hilang.

“Tiga mangsa terdiri daripada pemilik dan isterinya serta seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Emanuel, 6 tahun yang merupakan anak kepada salah seorang mangsa yang terselamat.

“Dalam kejadian itu, seramai 25 mangsa telah berjaya diselamatkan.

“Kita juga menggunakan ­khidmat empat ekor anjing pengesan untuk mencari mangsa hilang. Setakat ini masih belum dapat menjejaki mereka.

“Kita percaya mereka tersangkut di bawah timbunan kayu balak yang dibawa arus deras. kita akan melakukan pencarian sejauh 1.5 kilometer dari atas dan bawah inap desa berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras susulan banjir lumpur yang berlaku di Bobby Eco Camp di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu mang­sa yang selamat ditemui dalam keadaan kesejukan di luar inap desa itu.

Difahamkan, operasi mencari mangsa diteruskan bermula pukul 7 pagi, manakala operasi semalam ditamatkan pada pukul 7 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI