fbpx

Ismail Izzani lebih ‘berfungsi’ daripada individu lain – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL menjadi antara selebriti terawal yang turun padang menghulurkan bantuan terhadap mangsa banjir di Hulu Langat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Terkesan dengan bencana yang menimpa di beberapa lokasi, penyanyi terkenal Ismail Izzani nekad turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat sejak kelmarin.

Usaha murni yang dikongsi pelantun Luar Biasa dalam Instagram itu memaparkan dia membantu penduduk setempat dengan membersihkan kediaman mangsa banjir di sekitar kawasan terjejas.

Disebabkan usaha murni tersebut, ramai yang memuji Ismail kerana menjadi antara selebriti terawal mengerah keringat membantu penduduk yang terkesan akibat bencana alam tersebut.

Selain itu, dia turut dipuji kerana tidak kisah bermandi lumpur dalam membantu meringankan beban golongan terjejas.

“Terbalik sudah, selebriti jadi pemimpin, manakala pemimpin pula menjadi selebriti.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ismail, Fouziah Gous dan ramai lagi pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) turun padang,” ciap seorang netizen.

“Terima kasih Ismail. Lebih berfungsi daripada pihak atas lain,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Sehingga kini, pemilik nama penuh Ismail Izzani Zainal Nazeri, 21, itu masih menjadi bualan ramai dalam media sosial khususnya Twitter.

Untuk rekod, negara dikejutkan apabila beberapa daerah di Selangor khususnya Shah Alam, Klang dan Hulu Langat dilanda banjir kilat pada 18 Disember lal sehingga mengorbankan lebih 10 nyawa termasuk seorang bayi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI