fbpx

Gaya wanita urban yang memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBIJAKSANAAN bereksperimentasi adalah ciri wanita urban.

SAMA ada kita akui atau tidak, pada era ini, rekaan pakaian kontemporari wanita adalah lebih mencabar, pelbagai dan membuatkan pemakainya lebih teruja.

Dahulu, imej wanita mungkin agak konservatif bagi mewakili golongan profesional dan korporat, sementara jean dan kemeja-T mewakili golongan muda dan remaja, tetapi kini sesiapapun boleh memakai apa jua pakaian yang mereka inginkan.

Skop pilihan pakaian yang ada di pasaran adalah cukup besar dan tiada batasan dari segi bentuk, gaya serta warna.

Berikut dikongsikan tip berkaitan gaya wanita masa kini untuk anda terapkan dalam pemakaian agar tampak urban, bersesuaian dan menarik.

1. Gaya keseluruhan

Perlu diingat, apabila menggayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda melihat ia secara keseluruhan.

Blaus, skirt, gaun, sut, jaket, kemeja, celana dan kasut anda mungkin berkualiti serta daripada jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan antara satu sama lain?

Berpakaian penuh gaya dapat dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan.

2. Padanan pakaian dan aksesori

Bagi anda di luar sana, tidak perlu keliru apabila memperkatakan tentang aliran fesyen terkini, sebaliknya ambillah inisiatif untuk bereksperimentasi.

Antaranya dengan memadankan pilihan rekaan pakaian dan aksesori yang selesa dipakai serta menarik pandangan setiap mata yang melihat.

PADANAN pakaian dan aksesori yang bersesuaian membuatkan individu tampil lebih berkeyakinan.

3. Perlu bijak meniru trend fesyen

Apapun, meniru trend fesyen tidak semestinya anda perlu terlebih bergaya tanpa hala tujuan. Pilihlah rekaan sesuai dengan budaya kita selagi tidak keterlaluan.

Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah-majalah tetapi perlu dis1esuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian serta warna kulit perlu diambil kira. Yang penting anda bijak bereksperimentasi.

4. Manual undang-undang gaya

Pakaian wanita moden atau kontemporari adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individualiti. Perubahan gaya dan sikap pengguna wanita (womens consumer) telah mendorong mereka untuk mengambil langkah tertentu bagi mengelak gaya yang terlalu selaras ataupun mengikut peraturan.

Mematuhi manual undang-undang gaya secara keseluruhan sememangnya bukan kaedah untuk menjadi bergaya sepenuhnya. Pakaian kontemporari wanita menyediakan wanita peluang untuk menyerahkan individualiti dan kini menjadi sesuatu kemewahan paling berharga yang boleh dimiliki oleh semua.

Pembentukan imej yang lebih sempurna dan penuh keterampilan paling perlu diberi perhatian dalam usaha untuk lebih berkeyakinan dan kelihatan hebat dipandang khalayak.

5. Pengaruh iklan

Kini, ramai wanita urban di Malaysia yang dahulunya bersembunyi sudah mula keluar daripada kepompong pemakaian konservatif mereka sealiran dengan perkembangan trend kontemporari.

Pertambahan golongan profesional muda juga mempercepatkan lagi pengaruh trend ataupun fenomena ini.

Pengaruh iklan dalam media cetak atau elektronik yang menampilkan pakaian, kaca mata, kereta dan sebagainya yang selalunya menampilkan model-model wanita yang penuh berketerampilan sememangnya dapat memikat serta menarik perhatian mata yang melihat.

——————————————————————————————————————————————————————————————-
FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI