fbpx

Banjir: Pengecualian bayaran bil air sebulan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menjalankan pemantauan di Kampung Rantau Panjang, Kuala Selangor, yang dilandar banjir baru-baru ini

PETALING JAYA – Kerajaan negeri hari ini bersetuju mengecualikan bayaran bil air selama sebulan kepada semua akaun yang terkesan dengan bencana banjir di Selangor.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi sidang akhbar yang diadakan secara dalam talian.

“Saya sudah berbincang dengan ketua pegawai eksekutif Pengurusan Air Selangor dan dia minta senarai untuk kenal pasti kawasan yang terjejas.

“Selain itu, penangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan kepada usahawan Hijrah Selangor yang terjejas turut disediakan agar tidak membebankan mereka yang terkesan akibat bencana itu,” katanya.

Tambah Amirudin, semua aset kerajaan negeri dan agensi persekutuan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan kumpulan sokongan yang lain telah dikerah bagi membantu kesemua mangsa yang terlibat.

“Usaha dalam memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat selain mengagihkan barang keperluan asas kepada mereka akan sentiasa dipergiatkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI