fbpx

Banjir: Mayat wanita ditemui bawah timbunan kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di Bentong hari ini.

BENTONG — Seorang daripada tiga mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras susulan dalam kejadian banjir lumpur di Bobby Eco Camp di sini kelmarin ditemui hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata, mayat wanita itu ditemui pada 10.15 pagi tadi dan pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

Mangsa dikenali sebagai Yap Koon Lan, 66.

Anggota bomba menguruskan mayat mangsa yang ditemui di bawah timbunan kayu dan pasir di Bentong hari ini.

Berita berkaitan: Tiga hilang dalam kejadian banjir lumpur

“Pasukan saya menjumpai mayat mangsa di bawah timbunan kayu dan pasir di stesen dua (kawasan yang ditanda ada mayat),” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI