fbpx

Banjir: Mangsa perlukan ‘powerbank’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Nicole Wong Siaw Ting (kanan) bertemu dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting meminta kerajaan supaya menambah bantuan ‘powerbank’ kepada mangsa banjir.

Menurutnya, beliau telah pun mengemukakan perkara itu kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di
Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Nicole sempat mencadangkan agar kerajaan menambah ‘powerbank’, lilin dan mancis atau pemetik api dalam bantuan bekalan kepada mangsa banjir.

“Terutama ‘powerbank’ akan membantu para mangsa mengecas bateri telefon bimbit untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, keadaan banjir ketika ini masih sangat serius dan teruk di semua kawasan terlibat kerana banjir surut dengan perlahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI