fbpx

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat kepada 39,598 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Kampung Batu Kapur yang ditenggelami air di Temerloh hari ini.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila merekodkan 39,598 mangsa yang melibatkan sembilan buah daerah setakat ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, daripada jumlah itu Kuantan merekodkan jumlah tertinggi seramai 21,777 mangsa diikuti Temerloh sebanyak 8,390 mangsa.

“Selain itu Lipis merekodkan 2,084 mangsa, Jerantut (1,983), Raub (1,771), Pekan, (1,192), Bentong (1,044) Bera (869) dan Maran (488).

“Kesemua mangsa daripada 10,670 keluarga kini ditempatkan di 280 pusat pemindahan sementara (PMS) yang dibuka di seluruh negeri,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Che Adam pada masa ini daerah Temerloh membuka PPS terbanyak sebanyak 70 PPS diikuti Kuantan sebanyak 67 PPS dan Lipis 35 PPS.

Dalam pada itu beliau berkata, pada masa ini sebanyak 23 jalan di seluruh negeri ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air.

Katanya, sebanyak lapan jalan ditutup di Jerantut, lima jalan di Kuantan, masing-masing tiga jalan di Raub dan Maran serta masing-masing dua jalan di Bentong dan Lipis. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI