fbpx

10 jalan, lorong masih ditutup di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Myvi terlekat dalam banjir di sekitar Jalan Mohd. Yamin, Klang semalam.

SHAH ALAM: Hanya 10 jalan dan lorong di seluruh Selangor masih ditutup sehingga pukul 10 pagi tadi.

Ia berikutan kawasan berkenaan masih dinaiki air dan tidak selamat dilalui semua kenderaan.
Selain daerah ini, penutupan itu melibatkan kawasan Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

Jumlah penutupan jalan semakin berkurangan berbanding 73 jalan semalam.

Senarai nama jalan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

IPD Subang Jaya

1) Lorong Ikan Sepat Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.
2) Lorong Ikan Keli Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.
3) Lorong Ikan Haruan Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.
4) Jalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights.

IPD Kuala Langat

1) Jalan Olak Lempit ke KLIA.

IPD Sepang

1) Jalan Bandar Baru Salak Tinggi ke Kota Warisan.

IPD KLIA

1) Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA
2) Jalan Banting menghala ke Nilai (Hadapan Bomba KLIA)

IPD Hulu Selangor

1) Jalan Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser menghala ke Peretak

IPD Shah Alam

1) Jalan Jitu Seksyen 25, Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI