fbpx

Wanita warga emas cedera ditimbus tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini tengah malam tadi.

Wanita yang berusia 70-an itu tertimbus hingga paras pinggang, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

Komander Operasi Kanan, PgKB I Khairul Azuwan Ibrahim berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.22 pagi.

“Seramai 15 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr. Ismail dengan dibantu BBP Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kejadian tanah runtuh menghempap empat buah rumah kediaman.

“Dalam kejadian itu, seorang mangsa didapati tertimbus sehingga paras pinggang dan pasukan tersebut berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, wanita berumur lingkungan 70-an itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Katanya, petugas telah menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi sebarang keberbahayaan dan lokasi kejadian telah ditutup atas faktor keselamatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI