fbpx

‘Tolong kami, bantuan belum tiba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar-gambar mangsa banjir yang memerlukan bantuan telah dimuat naik di laman sosial Facebook.

PETALING JAYA – Media sosial telah dijadikan sebagai platform bagi mangsa banjir yang terperangkap di dalam rumah atau jalan raya untuk meminta bantuan.

Seorang pengguna Facebook, Nurazura Ramli memuat naik status memaklumkan dia dan keluarganya terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat untuk bergerak disebabkan paras air yang begitu tinggi.

“Satu keluarga terperangkap, saya sedang mengandung bersama suami dan dua anak kecil. Setakat pukul 8 pagi semalam, masih tiada bantuan dan kami telah terperangkap lebih 12 jam.

“Keadaan semakin cemas apabila rumah kami telah terputus bekalan elektrik dan bateri telefon hampir kehabisan selain bekalan makanan yang hanya tinggal sebungkus biskut,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Cik Zira pula meminta bantuan menyelamatkan seorang warga emas yang lumpuh selepas rumahnya dinaiki air.

“Siapa ada pacuan empat roda atau trak, minta bantuan alihkan mak kawan adik ipar yang lumpuh di Hulu Langat,” ujarnya.

Sementara itu, Zhee Fauziah pula memuat naik status memerlukan bantuan sebuah bot penyelamat untuk ibu bapanya yang terperangkap di dalam rumah yang digenangi air di Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Rumah kami dalam paras bahaya, tolong kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI