fbpx

Tchetche mahu lunas misi tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TCHETCHE (tengah) memilih untuk meninggalkan KDA FC dengan kembali menyertai TFC bagi saingan Liga M musim depan. - KDA FC

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENYERANG kelahiran Ivory Coast, Kipre Tchetche melengkapkan perpindahan sensasi untuk kembali ke pangkuan kelab lamanya, Terengganu FC (TFC) daripada Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain berusia 34 tahun itu bakal bergandingan semula dengan pasangannya di KDA FC sebelum ini iaitu Kpah Sherman bagi mengetuai jentera serangan TFC musim depan.

Tchetche yang meninggalkan skuad Sang Penyu dua musim lalu berkata, aura pengendali muda, Nafuzi Zain adalah faktor utama kepulangannya ke pangkuan TFC.

“TFC adalah pasukan pertama yang membuka ruang kepada saya beraksi di Liga M.

“Kenangan bermain dibawah kendalian Nafuzi yang ketika itu sebagai penolong jurulatih dan pengendali sementara selama dua musim pada 2018 dan 2019 tidak dapat dilupakan,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu kelmarin.

Bekas pemain kelab Oman, Al Suwaiq itu juga semakin teruja apabila menyaksikan prestasi dan gaya permainan TFC semakin meningkat baik di bawah kendalian Nafuzi.

“Saya ada misi tertunggak untuk menjulang TFC yang diharapkan dapat diselesaikan pada musim depan,” jelasnya.

Tchetche yang menyertai TFC pada Jun 2017 tidak menunggu lama untuk menggegar Liga M apabila membantu pasukan itu muncul naib juara Liga Premier musim itu.

Musim lebih gemilang buat Sang Penyu setahun kemudian yang ketika itu dilatih pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim apabila menyaksikan Tchetche meledak 24 gol dalam semua kejohanan selain bergelar naib juara Piala Malaysia.

Meskipun bergelut pada musim 2019 dengan peletakan jawatan Irfan Bakti, Tchetche masih dianggap antara penyerang import terbaik TFC dengan meledak 50 gol dalam 76 penampilan.

Kehadirannya musim depan pastinya menambahkan lagi ‘sengat’ TFC yang kini diperkuatkan dengan lima tonggak import seperti Sherman, Habib Haroon, Pape Diakite, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI