PETALING JAYA – Semua laluan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) telah dibuka semula kepada pengguna bermula kira-kira pukul 7.43 petang semalam.
Ketua Jabatan Komunikasi LDP, Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, pembukaan kedua-dua laluan di lebuh raya tersebut dibuat selepas paras air mulai surut.
“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya dalam musim hujan ini. Untuk maklumat trafik terkini, ikuti laman rasmi Twitter @LDPTrafik atau hubungi Talian Bantuan 03-7494 7333,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Shah Rizal memaklumkan, satu lokasi di KM S1.8 dan KM S3.5 LDP, laluan kedua-dua arah USJ / Shah Alam menghala ke Puchong telah ditutup sementara kelmarin susulan banjir.- K! ONLINE