fbpx

Saifuddin bertemu Menteri Luar Pakistan di Islamabad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kiri) ketika bertemu Makhdoom Shah Mahmood Qureshi di Kementerian Luar Pakistan di ibu kota, Islamabad semalam. – FOTO: IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan pertemuan rasmi dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, Makhdoom Shah Mahmood Qureshi di Islamabad semalam.

Sesi perjumpaan formal itu dilakukan sebelum mereka menghadiri Mesyuarat Sesi Luar Biasa Ke-17 Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di ibu kota Pakistan tersebut.

Semasa pertemuan berkenaan, mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa di Afghanistan termasuk usaha pembinaan semula negara di rantau Asia Tengah itu meliputi isu krisis kemanusiaan yang sedang berlaku ketika ini sejak ditawan semula kumpulan Taliban pada 15 Ogos lepas ekoran pengunduran pemerintahan awam sebelumnya.

“Kami juga memperakui semula komitmen bersama membina hubungan kuat antara dua negara yang bersaudara dari segi agama Islam itu,” katanya dalam akaun sosial Facebook beliau.

Di samping OIC, Malaysia dan Pakistan sebagai negara bekas jajahan Britain, turut menganggotai Pertubuhan Komanwel, Pergerakan Negara Berkecuali serta Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Saifuddin juga berpeluang melakukan sesi kunjungan hormat ke atas Presiden negara tersebut, Dr. Arif-ur-Rehman Alvi dan Perdana Menteri republik Islam berkenaan, Imran Ahmed Khan.

Beliau hadir mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat khas OIC tersebut yang didahului dengan Mesyuarat Para Pegawai Kanan dari kesemua 57 negara anggotanya sepanjang kelmarin.

Mesyuarat berkenaan atas permintaan Arab Saudi sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak Islam OIC untuk mengadakan sesi perbincangan berhubung situasi kemanusiaan di Afghanistan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI