fbpx

RUU Pindaan Akta 342 ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dijadual dibentangkan di Parlimen hari ini ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam RUU (Rang Undang-Undang) pindaan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit), sangat penting untuk kita dapat penerimaan dan pematuhan rakyat kerana ia bukan sekadar langkah kesihatan awam yang diperlukan untuk tangani kes Covid-19 sahaja.

“Sebaliknya, ia turut membabitkan usaha membendung penyakit berjangkit. Justeru, saya sudah bentang semua butiran pindaan kepada jawatankuasa pilihan khas dan mendengar pandangan kumpulan pakar.

“Kita sudah buat keputusan sebulat suara untuk tangguhkan pindaan ini, bukan disebabkan tidak disokong pada dasar kerana sebahagian besar sudah dipersetujui, tetapi sebab ada butiran yang perlu dipersetujui bersama,” katanya di Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat bersidang sehari tambahan hari ini untuk membahaskan pindaan Akta 342 membabitkan peningkatan kompaun bagi individu dan syarikat yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI