fbpx

‘Rumah dah hanyut, hanya tinggal atap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA atap rumah sahaja tersadai di tepi jalan manakala semua struktur rumah milik Fadilah di Kampung Bandar Tinggi, Jelebu dihanyutkan banjir semalam.

JELEBU – Nasib malang me­nimpa sebuah keluarga apabila rumah yang didiami sejak 35 tahun lalu di Kampung Bandar Tinggi di sini hanyut dibawa arus deras semalam dan tinggal atap sahaja.

Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu menyebabkan sepasang suami isteri, Ibrahim Taib, 62, dan Fadilah Itam, 53, dua anak mereka dan dua cucu perem­puan berusia 10 dan 12 tahun tinggal sehelai sepinggang.

Fadilah berkata, hujan sejak pukul 3 petang kelmarin itu pada mulanya menyebabkan kediaman yang terletak berhampiran Sungai Triang ditenggelami air.

Katanya, selepas hujan tidak menunjukkan tanda berhenti, mereka sekeluarga membuat keputusan berpindah ke tempat membasuh kereta berdekatan yang terletak di kawasan yang agak tinggi dengan membawa 15 ekor kucing bersama kira-kira pukul 6 petang.

“Detik-detik rumah kami dihanyutkan banjir disaksikan sendiri anak saya, Mohd. Faisal Ibrahim, 29, yang berada tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum memaklumkan berita sedih itu kepada kami.

“Dia kata rumah dah tiada, hanyut dalam banjir. Saya takut untuk tengok sebab masa itu hujan masih lebat dan air dari Sungai Triang yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan ini masih melimpah serta membanjiri kawasan sekitar.

“Sementara waktu ini, saya akan tinggal di rumah di Taman Undang Abdullah. Saya masih trauma sebab 35 tahun duduk di situ tetapi kini hilang sekelip mata, rasa serik dah. Sungai pun makin lama makin dekat dengan rumah kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Bandar Tinggi, di sini semalam.

Fadilah melihat kucing peliharaannya yang sempat diselamatkan semalam.

Cerita Fadilah, dia tidak me­nyangka akan berhadapan banjir seteruk itu memandangkan kali terakhir bah berlaku sehingga menghampiri paras bumbung rumah pada tahun 2004.

Sementara itu, suami mang­sa, Ibrahim Taib, 62, berkata, tinjauannya di tapak rumahnya mendapati hanya atap yang tinggal di tepi jalan utama, namun barangan rumah serta struktur kediaman sudah dihanyutkan banjir.

“Ingat datang pagi ini (semalam) mahu tengok barang yang ada tetapi hanya jumpa dua tabung, satu masih elok manakala satu lagi sudah terbuka dan duit pun hanya tinggal sedikit sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI