fbpx

Program MyLESEN GDL 2.0 dibuka sehingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memulakan pendaftaran program MyLESEN Goods Driving License 2.0 (GDL 2.0).

Menurut MOT ia dijangka dapat membuka 700 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mana ramai terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

“Inisiatif ini dilancarkan selaras dengan Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030.

“Pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Disember ini kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, yang mempunyai Competent Driving License (CDL) kelas D atau E,” katanya.

Katanya, pemohon hendaklah tidak disenaraihitamkan oleh mahkamah, JPJ atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ujarnya, warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan berpeluang menjalani kursus pemanduan kenderaan perdagangan bagi memiliki lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi dengan sebahagian kos disubsidikan oleh kerajaan.

“Peserta juga akan menerima elaun sekali bayar (one-off) sebanyak RM500.

“Pendaftaran program ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan, manakala kursus pemanduan akan dilaksanakan di Institut Memandu (IM) yang memenuhi kriteria kelayakan dan terpilih di seluruh negara,” katanya.

Pendaftaran peserta dan syarikat yang berminat boleh dilakukan di pautan https://forms.gle/S6ryiJcaXaiFsJLz7 (calon syarikat) dan https://forms.gle/hTvePaM6bTesTxdE8 (calon pemandu) manakala, sebarang persoalan boleh dikemukakan ke emel [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI