fbpx

Mayat mangsa kereta hanyut redah banjir ditemukan lima kilometer dari lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemuda yang hilang dibawa arus deras di Kampung Chempaka di sini berakhir hari ini apabila mayat mangsa ditemukan di kawasan pantai kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat dan orang awam di pantai berkenaan kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Operasi SAR disambung hari ini sebelum mayat mangsa berjaya ditemui kawasan pantai kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkankan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, mangsa, Mohd Halmi Nazlan, 34, hanyut dibawa arus deras bersama kereta yang dinaiki ketika meredah banjir di kampung terbabit kira-kira pukul 8 pagi.

Rakan mangsa, Muhammad Amirul, 23, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing manakala mangsa hilang dibawa arus.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan seorang pegawai dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, di sini, termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI