fbpx

Martinelli selesa ganti Aubameyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI meledak dua gol menewaskan Leeds 4-1 awal pagi semalam. – ARSENAL

LEEDS – Kecemerlangan prestasi Gabriel Martinelli memberi gambaran bahawa Arsenal sudah bersedia ‘hidup’ tanpa Pierre-Emerick Aubameyang yang dilucutkan peranan sebagai kapten baru-baru ini.

Ia terbukti apabila bintang muda The Gunners itu sekali lagi mempamerkan aksi kelas tersendiri apabila meledak dua gol ketika membelasah Leeds United 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road awal pagi semalam.

Dua jaringan itu menyaksikan Martinelli, 20, kini sudah meledak tiga gol daripada dua aksi terakhir sekali gus memberi ba­yangan Arsenal bersedia untuk menjual Aubameyang pada jendela perpindahan bulan depan.

Rata-rata penyokong Arsenal juga seakan selesa melihat pasukan kesayangan mereka beraksi tanpa Aubameyang sehinggakan melabel Martinelli mempunyai mentaliti yang sama seperti bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, pemain sayap lincah dari Brazil itu enggan mendabik dada dengan prestasi semasa, sebaliknya mengakui dia masih perlu memperlihatkan penyudah yang lebih tajam apabila di hadapan gawang pasukan lawan.

“Kami sedikit longgar di separuh masa kedua dan inilah aspek yang kami perlu perbaiki. Namun, saya gembira kerana dua gol ini dapat membantu kemenangan pasukan.

“Kami adalah pasukan muda dan masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi lebih kuat pada masa hadapan. Saya harap semua penyokong dapat terus memberikan sokongan kepada kami,” kata Martinelli.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu kekal berada dalam kelompok empat teratas dengan 32 mata selepas 18 perlawanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI