fbpx

LKSA kini boleh dilalui, banjir mulai surut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Lebuh Raya LKSA sebelum ini. FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Satu lokasi di Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA) yang sebelum ini ditutup ekoran banjir telah dibuka semula kepada pengguna pagi tadi.

Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, laluan di Kilometer 4.1 yang ditutup kepada pengguna di kedua-dua arah sebelum ini dibuka bermula pukul 5.30 pagi.

“Walaubagaimanapun laluan di susur masuk dari bulatan Jubli Perak menghala ke Seksyen 23, Uptown Shah Alam dan susur masuk ke laluan utama menuju Kota Kemuning masih lagi ditutup.

“Laluan itu hanya akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan dan selamat untuk laluan semua jenis kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Prolintas, pihaknya juga telah menempatkan pasukan ronda bagi membantu memastikan aliran trafik berjalan lancar dan pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran serta arahan pihak berkuasa.

“LKSA akan mengeluarkan maklumat kemaskini mengenai status trafik dari semasa ke semasa menerusi sistem mesej digital Variable Messaging System (VMS).

“Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi platform media sosial Twitter LKSA @LKSAtrafik dan Facebook Prolintas Highways atau hubungi talian bebas tol di 1 3008 8280 1 untuk mendapatkan maklumat terkini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI