PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Lebuh Raya Karak Kuala Lumpur (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih lagi ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir dan tanah runtuh.
Menurut kenyataan LPT di laman rasmi Facebooknya, bagi laluan di KLK (E8), laluan ke Timur ditutup dari Bentong Barat Kilometer (KM) 62.5 ke Karak (KM75).
“Laluan dari Karak (KM75) ke Bentong Timur (KM68 ) masih terjejas, juga ditutup.
“Penutupan kedua-dua laluan ini bagi memberi kerja-kerja pembersihan debris dan lumpur,” kata LPT di sini hari ini.
LPT menambah beberapa lokasi juga masih ditutup kerana dinaiki air antaranya :-
1.KM74.9 (hala KL) – Banjir surut. Berlaku ‘sinkhole’ di lorong kiri. Laluan kontra akan dibuka.
2. KM74.4 (hala KL) – banjir lumpur. Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
3. KM71 (kedua-dua hala) – banjir – Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
4. KM69.5 (hala KL) – aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
5. KM67.8 (hala KL) – aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
6. KM66.4 hingga KM66.1 (hala KL). aliran serpihan (debris flow). Masih ditutup kpd semua semua jenis kenderaan.
7. KM66.1 (hala KL) – aliran serpihan (debris flow). Masih ditutup kepada semua semua jenis kenderaan. – K! ONLINE