PETALING JAYA – Tindakan seorang individu memuat naik perkongsian gambar kucing-kucing yang tidak dapat diselamatkan akibat banjir mati bergelimpangan telah membuatkan orang ramai berasa sedih dan hiba.
Berdasarkan sebuah perkongisan di seorang pengguna media sosial di Twitter, beliau berkongsi gambar-gambar yang diterima daripada Pegawai daerah hulu langat memaparkan kesemua haiwan dari salah sebuah rumah mangsa banjir di Hulu langat mati.
Akibat banjir baru-baru ini ramai mangsa banjir tidak sempat menyelamatkan haiwan peliharaan masing-masing kerana terpaksa meninggalkan kediaman dengan segera untuk menyelamatkan diri.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai merasa hiba dan sedih apabila melihat kucing mati akibat kelemasan.
“Mati seekor atau hilang seekor pun ambil masa nak teruskan kehidupan lagikan berekor-ekor macam ini sedih betul rasa hati,” ujar @disemuly.
“Sebab tu saya cuma lepaskan kucing-kucing dalam sangkar dan campak atas bumbung kerana haiwan ini tidak dapat bertahan dalam bencana,” kata @ashokguevara1.
“Ini sangat menyayat hati,” kata @@laksshanaaaa. – K! ONLINE