fbpx

Klopp tidak akan beli pemain antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan secara tegas bahawa kelab itu tidak akan menandatangani pemain yang tidak mendapatkan vaksin ketika krisis Covid-19 menyelubungi saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Klopp antara pengurus yang tidak berkompromi mengenai isu vaksinasi dan sentiasa mengga­lakkan semua orang untuk mendapatkan suntikan perlindungan berkenaan di England.

Biarpun sedar mustahil untuk memaksa semua orang terutama pemain bola sepak untuk mendapatkan suntikan vaksin, namun beliau percaya para pemain ber­kenaan tidak akan berada dalam pasaran perpindahan sekiranya terus berdegil.

“Saya fikir mendapatkan suntikan vaksin adalah menjadi keutamaan kelab ini jika kami mahu mendapatkan pemain baharu dalam pasaran perpindahan nanti.

“Jika pemain berkenaan tidak mendapatkan vaksin, dia mendedahkan pasukan kepada ancaman yang besar,” katanya.

Ketika peraturan kini menjadi lebih ketat apabila para peminat perlu menunjukkan bukti vaksinasi ataupun ujian Covid-19 negatif sebelum memasuki stadium, Klopp mengakui pemain yang antivaksin bakal menjadi beban kepada kelab.

“Pemain-pemain ini akan membuatkan suasana menjadi kelam-kabut. Kami perlu menyediakan bilik persalinan dan ruang makan berbeza selain pengangkutan yang berlainan. Jika semua protokol itu perlu diikuti, ia akan menyusahkan kelab.

“Jika kami perlu beraksi di luar England, apabila pulang pemain ini perlu menjalani isolasi kendiri, ia sangat membebankan kami. Sebab itu, faktor vaksinasi menjadi perkara utama untuk kami membuat pertimbangan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI