fbpx

Kita sentiasa tunggu kepulangan Sajat- JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat dan Shahzihan

SHAH ALAM – Kes Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat tidak pernah ditutup dan tidak akan dilupakan begitu sahaja walaupun usahawan kosmetik tersebut sudah bermastautin di Australia.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, pihaknya tetap menunggu kepulangan Sajat dan kesnya boleh didengar semula sekiranya dia sudah berada di negara ini.

“Kes ini boleh diteruskan tetapi JAIS tiada ruang untuk mengekstradisi dia yang berada di Australia. Jika dia balik kita akan bicarakan kes dia semula.

“Kita tunggu bila dia sudah balik ke negara ini. Lagi pun kesnya kecil sahaja, kita pun banyak kerja lain lagi,” katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Idris Shah hari ini.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Kes menjadi rumit setelah dia melarikan diri ke Thailand sebelum ke Australia dan memilih untuk menetap di sana.

Dalam temu bual dengan sebuah media antarabangsa, Sajat mendakwa telah diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.

Katanya, kejadian itu disaksikan ibunya sendiri yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang alim.

Mengulas lanjut berhubung isu tersebut Mohd.Shahzihan berkata, beliau kesal Sajat memilih untuk bercerita tentang perkara tersebut di media antarabangsa dan setelah berada di Australia.

“Saya mengalu-alukan Sajat untuk membuat laporan polis tentang kes kakitangan saya jika dia balik ke sini.

“Saya sendiri pun teruja untuk menyiasat kes tersebut dan mengambil tindakan terhadap pegawai saya sekiranya dakwaan melakukan perkara tidak senonoh itu benar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI