fbpx

Kilang mi berlogo halal ada najis tikus, lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai JKNPP memeriksa tempat menyimpan mi kering di sebuah kilang di Jalan Patani, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengarahkan sebuah kilang pembuatan mi di Jalan Patani di sini ditutup selama 14 hari selepas didapati beroperasi dalam keadaan yang tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Antara yang dikesan semasa operasi oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKNPP hari ini adalah najis lipas dan tikus berdekatan tempat menyimpan tepung.

Bahkan, bahan-bahan bagi pembuatan mi dan kuetiau di premis tersebut turut didapati diletakkan di atas lantai yang sekali gus melanggar peraturan ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM JKNPP, Mohd. Wazir Khalid berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan di kilang tersebut dan mengeluarkan satu kompaun.

“Kita telah menjumpai najis lipas dan tikus serta terdapat mi kering yang terdedah kepada udara dan ada yang ditutup dengan surat khabar sahaja.

“Apa yang mengecewakan kilang ini mempunyai logo halal dan MESTI, jadi kami akan bertindak melaporkan kepada pihak berkenaan agar logo ini ditarik balik penggunaannya di kilang ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI