PUTRAJAYA – Buat pertama kali, kes harian di bawah angka 3,000 dengan 2,589 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,721,544 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE