fbpx

Kelantan salur bantuan banjir RM100,000 kepada Selangor, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyumbangkan bantuan sebanyak RM100,000 masing-masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Pahang untuk membantu mangsa banjir di dua negeri berkenaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan menerusi Tabung Serambi Mekah itu sebagai tanda solidariti dan kebersamaan kerajaan negeri Kelantan terhadap Selangor dan Pahang.

Menurutnya, Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir yang berlaku di dua negeri itu yang menyebabkan kehilangan tempat berteduh dan kemusnahan harta benda.

“Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, kerajaan negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM100,000 masing-masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Pahang melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.

“Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemindahan serta operasi pemulihan pasca banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI