fbpx

Jangan hidupkan enjin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING – Satu hantaran di Facebook mengenai tips penjagaan kereta atau motosikal selepas ditenggelami banjir mendapat perhatian netizen.

Pemilik akaun Facebook Fizie Joe berkata, kereta atau motosikal yang ditenggalami air perlu dibersihkan pada bahagian enjin selepas banjir berakhir.

Hantaran yang dimuat naik di Facebook FIzie Joe.

“Nanti kalau sudah surut banjir bersihkan dulu bahagian enjin, ‘tembak’ dengan air, cabut kabel bateri dan paling penting jangan “start” enjin.

“Jemur kereta atau motosikal dibawah matahari dalam dua tiga hari sampai betul-betul kering,” katanya.

Fizie Joe berkata, selepas itu minyak hitam, minyak gear dan lain-lain minyak pada kenderaan perlu ditukar.

“Ingat selagi tidak kering dan tidak tukar segala minyak jangan “start” untuk mengelakkan kerosakan lebih besar.

“Semoga Tuhan permudahkan urusan kalian,” katanya.

Hantaran di Facebook itu setakat ini telah dikongsikan lebih 3,800 kali oleh pengguna media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI