PETALING JAYA – Kejadian banjir baru-baru ini yang berlaku tanpa sebarang amaran telah menyebabkan kerosakan jalan raya ditenggelami air dan menjadi berlubang sehingga boleh berlaku insiden.
Menurut perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman sosial Twitternya, @syedsaddiq, berkata, sewaktu dalam perjalanan ke Sri Muda tadi, ada jalan berlubang agak dalam berdekatan Simpang Masjid Tol Ebor ke Batu Tiga Lama.
“Berhati-hati terutamanya penunggang motosikal lagi-lagi bila waktu malam dan banjir,” katanya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai menasihatkan untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.
“Mohon ada individu bantu usahakan kon jalan atau pacakkan kayu supaya orang tahu jalan tu berlubang dalam,” jelas @syaidatulsyuhada.
“Tolong berhati-hati semua penunggang. Kehilangan pelajar baru-baru ini kerana jalan berlubang,” ujar @ellywong.
“Sekarang ini banyak jalan berlubang akibat banjir harap-harap cepatlah jalan berlubang ni dibaiki,” kata @sh4f33zr. – K! ONLINE