fbpx

Iqbal mahu pulang ke Malaysia, bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL turut berdukacita atas kejadian banjir besar yang berlaku di negara ini.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli yang kini berada di Indonesia atas urusan kerja selain ingin berehat berkongsi rasa hati apabila berharap dapat pulang ke Malaysia untuk membantu mangsa banjir.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Iqbal, 27, berkata, dia teringin untuk pulang sementara ke tanah air bagi menjenguk lokasi dan juga mangsa yang terjejas ekoran tragedi banjir yang melanda negara.

“Jika boleh saya mahu pulang ke Malaysia sebentar. Mungkin tiga hingga ke tujuh hari untuk jenguk tempat banjir.

“Pada saat ini ramai diuji kesusahan. Bertimpa lagi ujian sebegini. Semoga kuat semangat, terus bekerjasama dan saling meringankan,” ujarnya.

Kata bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida itu lagi, dia percaya jika seseorang melakukan kebaikan untuk orang lain, pasti diri mereka juga akan dibalas kebaikan.

“Berkorban untuk orang lain, pasti hari susah kita akan dipermudahkan nanti.

“Serendah hati saya, walaupun tidak melalui sendiri, tabahkan hati. Percaya bahawa tiada ujian yang akan berakhir dengan yang tidak baik,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut mendoakan semoga orang yang disekelilingnya supaya dijauhkan daripada segala hal yang tidak baik oleh Allah SWT.

Terdahulu, Iqbal ‘meninggalkan’ Malaysia apabila berangkat ke Jakarta, Indonesia, sekitar penghujung November lalu.

Iqbal berkata, dia membawa diri dan akan tinggal di negara seberang atas alasan mencari ketenangan selain urusan kerja.

Sementara itu di negara ini, beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur yang kini sedang mengalami bencana banjir sejak kelmarin ekoran hujan lebat yang berlarutan selama dua hari.

Akibatnya, kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI