fbpx

Dua ciri baharu Grab bantu pelanggan menghantar hadiah ke lima negara Asia Tenggara dengan pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemudahan terbaharu ditawarkan Grab untuk pemberian saat akhir.

PETALING JAYA – Pengguna Grab kini boleh menghantar cenderahati atau memesan makanan mengikut permintaan kepada orang tersayang merentas negara ini dengan lebih pantas menerusi dua ciri terbaharu di aplikasinya.

Pertama adalah Grabfits, yang mana pengguna aplikasi Grab boleh menghantar terus baucer kepada orang tersayang di lima bandar raya di Asia Tenggara.

Manakala, ciri kedua adalah menggunakan 100+ Cities Delivery (BETA) yang membolehkan pengguna membuat pesanan dan menghantar makanan serta hadiah fizikal dari GrabFood dan GrabMart rakan peniaga yang terdapat di bandar raya penerima dalam tempoh masa sejam.

Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata, menerusi pengenalan kedua-dua ciri berkenaan, pengguna boleh menghantar dan membuat pesanan merentas negara ini terus ke Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand.

Ciri terbaharu Grab membolehkan pelanggan meraikan hari istimewa kenalan mereka dari jarak jauh.

“Inovasi teknologi baru ini meningkatkan keupayaan Grab menyampaikan hadiah cenderahati mengikut permintaan pelanggan.

“Sekali gus, ia membolehkan pelanggan berhubung dengan orang tersayang merentas Malaysia dan seberang laut walaupun terdapat kawalan pergerakan,”katanya kepada Kosmo!.

Hassan menambah, pengenalan dua ciri baharu ini juga adalah susulan satu kajian dikalangan pengguna Grab di Asia Tenggara mendedahkan, lebih 60 peratus responden menyatakan niat untuk menghantar hadiah ikut permintaan kepada orang tersayang di bandar raya lain.

Jelasnya, trend semasa juga menunjukkan pengguna semakin bergantung kepada perkhidmatan ikut permintaan, demi menyampaikan rasa kasih kepada orang tersayang terutamanya ketika peraturan sekatan perjalanan akibat pandemik ketika ini.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini, Grab mendapati semakin ramai pengguna membeli baucer GrabGifts untuk dihantar sesama mereka, bungkusan hadiah menerusi GrabExpress dan memesan makanan serta cenderahati untuk disampaikan kepada orang tersayang menerusi applikasi Grab.

“Kebanyakan bermula dengan membeli makanan dan barangan keperluan untuk diri sendiri, mereka kemudian bertukar menjadi aplikasi ini untuk terus mengekal keterhubungan antara orang tersayang kerana masih banyak negara yang belum membuka sempadannya.

Selain menyediakan kemudahan, ciri terbaharu daripada Grab ini turut memberikan lebih nilai buat pelanggan.

“Sesungguhnya kami teruja kerana dapat merapatkan hubungan kasih sayang walau jarak berjauhan. Diharap semua pengguna di Asia Tenggara dapat merasakan kehangatan musim perayaan yang bakal menjelang tiba,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, pengalaman baru dalam menyampaikan hadiah merentas sempadan ini akan menepati pelbagai pilihan pengguna sama ada menghantar cenderamata berupa baucer GrabGifts untuk orang tersayang pilih sendiri hadiah masing-masing, atau gembirakan mereka dengan pemberian hadiah jenama kegemaran, makanan atau item hadiah.

Pada masa sama, pengguna boleh membuat pilihan daripada pelbagai sajian disediakan GrabFood untuk orang tersayang yang menetap di Asia Tenggara, termasuk sajian klasik Krismas ala Asia Tenggara seperti leche flan, ayam kodok dan ayam belanda sumbat.

“Manakala, GrabMart pula mempunyai senarai menu kegemaran waktu perayaan seperti coklat dan lain-lain hadiah popular untuk kanak-kanak seperti alat-alat permainan.

“Pada masa sama, Grab juga telah menyedia inisiatif khas yang menjadikan penyampaian hadiah menjadi lebih murah dan berbaloi untuk sebarang acara dan lokasi. Pengguna boleh berjimat sehingga potongan 50 peratus diskaun menerusi GrabGifts,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI