fbpx

Briged Utara PGA bantu operasi banjir di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konvoi lapan kenderaan PGA membawa anggota dan tiga bot digerakkan dari Ipoh bagi membantu operasi banjir di Shah Alam.

IPOH – Bantuan telah digerakkan oleh Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Ulu Kinta di sini bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir di Shah Alam, Selangor.

Sepasukan terdiri daripada seorang pegawai dan 59 anggota dari Batalion Satu PGA dan lima pengendali bot dari Pusat Latihan PGA telah digerakkan semalam.

Menurut paparan pada laman Facebook rasmi pasukan tersebut, bantuan berkenaan bagi melaksanakan Ops Banjir membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Bergerak pada pukul 1.45 dalam hujan petang tadi (semalam) tidak menjadi penghalang kepada tim BN 1 PGA untuk menjalankan tugas bantuan Ops Banjir di Selangor.

“Pergerakan dengan lapan buah terak membawa tiga buah bot diharap mampu memberikan bantuan di kawasan terjejas banjir sekitar IPD Shah Alam,” ujar kenyataan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI