fbpx

Bekas polis bantuan dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Abdul Hafiz bersama peguamnya, Mathan Anandaram di Mahkamah Sesyen Segamat di sini pagi hari ini, dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan merogol remaja 15 tahun, empat tahun lalu.

SEGAMAT – Seorang bekas anggota polis bantuan menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Segamat hari ini daripada tuduhan merogol remaja 15 tahun, empat tahun lalu.

Mohamad Abdul Hafiz Abdul Kadir, 31, yang kelihatan tergamam melahirkan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan tersebut.

Hakim Norina Zainol Abidin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Perintah itu dibuat bagi tertuduh ketika kes dikemukakan untuk keputusan pada akhir peringkat pendakwaan.

Mohamad Abdul Hafiz dituduh merogol remaja perempuan berusia 15 tahun ketika kejadian, di Jalan Taman Perindustrian Labis, Segamat, Johor, diantara pukul 8 hingga 9.30 malam pada Mac 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Tujuh saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula sejak Julai 2020.

Mahkamah memerintahkan jumlah ikat jamin sebanyak RM10,000 dibayar semula kepada tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam, Mathan Anandaram.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI