fbpx

Banjir: Pindahkan 60 rusa ke halaman rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz terpaksa memindahkan kira-kira 60 ekor rusa ke halaman rumahnya selepas kandang yang menempatkan haiwan ternakan berkenaan di Kampung Linggi, di sini, tenggelami banjir, Jumaat lalu. – Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

PORT DICKSON – Seorang penternak rusa terpaksa memindahkan kira-kira 60 ekor rusa ke halaman rumahnya selepas kandang yang menempatkan haiwan ternakan itu ditenggelami air di Kampung Linggi, di sini pada Jumaat lalu.

Abdul Aziz Mohd. Redza, 42, berkata, sudah tiga hari ternakannya berkeliaran di halaman rumah memandangkan sehingga ke hari ini kawasan kandang rusa seluas tiga ekar masih digenangi air.

Kesemua haiwan itu dipindahkan bermula pukul 11 malam dan dalam proses pemindahan itu, seekor anak rusa berusia kurang seminggu bersembunyi di balik kayu.

“Saya terpaksa menyewa pagar dan memasangnya sendiri di sekeliling rumah untuk memastikan rusa tidak melompat keluar.

“Kejadian ini adalah paling buruk sehingga saya terpaksa memindahkan kesemua haiwan ternakan,” katanya ketika ditemui di Kampung Linggi, di sini, tadi.

Abdul Aziz yang sudah menternak rusa untuk jualan sejak lima tahun lalu memberitahu, dia tidak akan menyerah kalah lebih-lebih lagi ternakan itu merupakan sumber pendapatannya sejak berhenti kerja lima tahun lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI