fbpx

Banjir: Sanggup redah banjir demi kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahrizan menyelamatkan kucingnya setelah kediamannya dinaiki air di Kampung Batu 8, Lorong Kedah, Jalan Cangkat Jong, Teluk Intan hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

TELUK INTAN – Demi kucing, seorang lelaki sanggup meredah air banjir paras dada untuk memberi makan pada lapan ekor haiwan peliharaannya di Kampung Batu 8, Lorong Kedah dekat Changkat Jong di sini.

Mohd. Shahrizan Nawawi, 40, kesemua kucing itu ditempatkan di sebuah rumah kosong di tepi jalan utama setelah rumahnya dinaiki air.

Katanya, dia tidak sanggup membiarkan haiwan kesayangannya itu kelaparan setelah dia dan keluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib.

“Setiap hari, saya berulang-alik sejauh lapan kilometer pulang ke rumah untuk memberi makanan kepada kucing-kucing. Paling kurang tiga kali sehari.

“Meskipun bimbangkan keselamatan haiwan itu, saya tidak berhasrat membawa kucing-kucing tersebut ke PPS kerana tidak mahu mengganggu keselesaan orang lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahrizan, dia telah memelihara kucing-kucing itu sejak 10 tahun lalu dan menjadi kesayangan anak-anaknya yang kerap bertanya keadaan haiwan tersebut.

Bagi Rashida Darus, 32, dia terpaksa meletakkan haiwan peliharaannya di atas bumbung rumah selepas air naik mendadak ekoran hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Katanya, walaupun tidak sanggup berbuat demikian, dia tiada pilihan lain kerana terpaksa berpindah ke PPS bersama suami dan anak-anak.

“Saya dan suami letakkan kucing, arnab, burung puyuh dan hamster lebih 20 ekor di atas bumbung bersama makanan dan bekas minuman sebelum berpindah ke PPS pada pukul 3 pagi semalam (Ahad),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI