fbpx

Banjir: mangsa banjir di Perak meningkat 264 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja-pekerja meredah banjir setelah Kampung Batu 7 1/2, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan dinaiki air hari ini.

TELUK INTAN – Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 264 orang daripada 73 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 242 orang daripada 65 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, mangsa banjir yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib dekat Jalan Changkat Jong kekal 140 orang daripada 35 keluarga.

Katanya, kesemua mereka merupakan penduduk Batu 7, Jalan Changkat Jong; Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Kampung Batu 8, Lorong Kedah; Kampung Baru Batu 8; Kampung Batu 9 dan Kampung Batu 10.

“Jumlah mangsa banjir di Dewan Bandaran Teluk Intan meningkat kepada 85 orang daripada 27 keluarga berbanding 63 orang daripada 19 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

“Bagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim, jumlah mangsa banjir kekal 39 orang daripada 11 keluarga. Tiada penambahan mangsa banjir setakat ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI