RANTAU PANJANG – Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang menyelamatkan lima mangsa banjir yang didapati positif Covid-19.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, lima pesakit yang berusia antara empat hingga 60 tahun itu dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk tindakan selanjut.
“Alhamdulillah, proses pemindahan berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Setiap anggota bertugas wajib memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Tambahnya, selepas memindahkan mangsa, lori yang digunakan itu terus dinyah kuman mengikut SOP diarahkan oleh kerajaan. – K! ONLINE