PETALING JAYA – Seramai 43,392 mangsa banjir daripada 13,153 keluarga yang kini berada di 407 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.
Jumlah ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding petang semalam iaitu 343 PPS dibuka membabitkan seramai 30,569 daripada 9,572 keluarga yang terkesan.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa yang terlibat di negeri Pahang adalah paling tinggi dengan melibatkan seramai 25,669 orang daripada 6,862 keluarga dipindahkan ke 239 PPS di negeri tersebut.
“Setakat pukul 8.15 pagi tadi, jumlah mangsa bagi setiap negeri menunjukkan peningkatan dan juga penurunan berbanding petang semalam.
“Selain itu, Selangor dan Perak masih menunjukkan peningkatan iaitu masing-masing merekodkan seramai 11,598 orang dan 242 orang berbanding semalam yang hanya melibatkan 9,904 orang dan 87 orang,” katanya. – K! ONLINE