fbpx

Balut kereta guna plastik elak rosak bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta yang dibalut menggunakan plastik dan diikat tali di tempah kukuh.

PETALING JAYA – Tindakan penduduk di Thailand yang membalut kereta menggunakan beg plastik besar dan mengikat menggunakan tali di tempat yang kukuh bagi mengelakkan kerosakan pada kereta akibat banjir telah mendapat perhatian orang ramai.

Berdasarkan sebuah video berdurasi sembilan saat yang dikongsikan di media sosial, @fensyilegacy, pemilik kereta di Thailand rupanya sudah ramai yang membalut kereta dengan beg plastik besar dan mengikat mengunakan tali di tempat kukuh.

Selain berdoa, kita juga boleh membuat persediaan dan perkara sepatutnya untuk mengurangkan kesan bagi mengelakkan kerugian

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai teruja dan mahu membeli beg plastik besar untuk bersiap sedia sekiranya berlaku lagi banjir.

“Sekarang dah tahu banjir kilat macam akan setiap tahun berlaku. Sungai dan longkang tersumbat jadi memang kena siap sedia untuk beli plastik ni,” ujar @dom.

“Setahu saya kalau bencana alam tidak boleh membuat tuntuan insurans kereta. Boleh kita cuba macam ini untuk selamatkan kereta,” kata @dorislurvs.

“Sekarang ni bukan soal buat atau tidak buat, tapi lebih kepada tidak bersedia sebab biasanya kawasan pantai timur sahaja yang teruk,” jelas @jess_no_limit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI