PETALING JAYA – Penduduk di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan amaran cuaca buruk pagi ini.
Menurut laporan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, amaran ribut petir serta hujan lebat itu melibatkan kawasan Limbang di Sarawak.
“Bagi negeri Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) serta di sekitar Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang.
“Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan keseluruhan WP Labuan,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, keadaan buruk ini dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi nanti. – K! ONLINE