fbpx

3 menteri lawat mangsa banjir Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendengar taklimat ketua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz petang tadi turut menyantuni mangsa banjir yang terjejas di Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

Kementerian Pertahanan melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata, lawatan itu adalah bertujuan meninjau secara dekat pelaksanaan Ops Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Melalui operasi tersebut, ATM turut membantu agensi-agensi yang terlibat dalam tugas menyelamat, memindahkan dan mengedar bantuan makanan serta keperluan kepada mangsa-mangsa terjejas.

Lawatan selama satu jam setengah itu turut disertai oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun serta rombongan.

“Tempoh lawatan yang bermula pada pukul 6 petang itu antara lain adalah mendengar taklimat ketua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi penyelamat.

“Selain itu mereka juga turut melawat sekitar kawasan bencana dan menyampaikan 4,000 bungkusan makanan kepada mangsa dan menyantuni mangsa terjejas di kawasan setempat,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI