fbpx

12 taman awam DBKL dibuka semula mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 12 taman awam seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibuka semula kepada orang awam bermula hari ini.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, hanya aktiviti riadah, berjalan dan jogging
bersama keluarga sahaja yang dibenarkan dan ia dibuka bermula pukul 6.30 pagi sehingga pukul 10 malam sahaja.

“Aktiviti berkumpulan seperti aktiviti hari keluarga, sambutan harijadi masih tidak dibenarkan.

Pengunjung diingatkan untuk sentiasa mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut DBKL, antara taman yang terlibat adalah Taman Botani Perdana; Taman Tasik Titiwangsa; Taman Tasik Permaisuri; Taman Tasik Manjalara dan Taman Tasik Metropolitan Kepong.

“Turut dibenarkan beroperasi semula, Taman Tasik Metropolitan Batu; Taman Pudu Ulu; Taman Tasik Ampang Hilir; Taman Datuk Keramat; Taman Kejiranan Air Panas; Taman Tasik Danau Kota dan Taman Bukit Jalil,” ujar DBKL. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI